Thursday, December 4, 2014

Solat yang Khusyuk,Kejayaan yang Masyuk!!


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Hari ini kita berkesempatan untuk mempelajari sedikit ilmu ...Insya Allah memberi manfaat kepada kita..



Solat??
HAH,solatlah, hari ini kita akan membincangkan mengenai solat..

MENGAPA SOLAT YANG PERLU DIBINCANGKAN?
SOLAT MUDAH SAHAJA AMBIL WUDHUK SOLATLAH..

pernah dengar atau tidak firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 45:


ok baiklah,solat AMAT PENTING sebenarnya,walaupun sebenarnya kita mengambil remeh....
Allah berfirman solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar,tapi kenapa masih ramai muslim yang solat tetapi melakukan perbuatan keji dan mungkar?? MENGAPA??


itulah yang dikatakan SOLAT YANG KHUSYUK... sebab itu solat perlu mendapat kekhusyukkan baru kemungkaran dapat ditangani..Jumhur Ulama' mengatakan untuk meraih solat yang khusyuk kita perlu FAHAM apa yang kita baca dalam solat itu..




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :  "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."



Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.


INGAT!! solatlah dengan khusyuk, barulah dapat mencegah perbuatn keji dan mungkar..USAHALAH untuk TIDAK:

1)solat seperti orang MUNAFIK solat:

Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :
“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”

jangan ,tinggal solat jumhur Ulama' ada mengatakan tinggalnya kita solat walaupun pada satu waktu, kita telah menjadi KAFIR.. INGAT!! orang kafir tak akan masuk dalam syurga sampai bila-bila.

Allah SWT melalui Rasulullah s.a.w. telah memberi petunjuk, di antara sabda Nabi s.a.w.: maksudnya: "Antara seorang Islam dan antara kekafiran, ialah meninggalkan solat" (Riwayat Ahmad dan Muslim dari Jabir; At-Targhrib, 1:342).

"Urusan yang memisahkan antara kita (para muslimin) dengan mereka (orang-orang kafir) itu, ialah solat. Maka barangsiapa meninggalkannya, sungguh ia telah menjadi kafir". (Riwayat Ahmad dan Daud dari Buraidah, At-Targhib 1:342).





2)solat dalam keadaan RIYA'

Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan merendahkannya.”


3)solat dengan TETGESA-GESA

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari, hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat (bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja”. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasai’e.

janganlah kita MELENGAH-LENGAHKAN waktu solat..
jika kita memohon sesuatu mesti kita nak Allah makbulkan...betul tak??
jadi kalau kita nak Allah MAKBULKAN hajat kita ,kita mestilah ikut perintah Allah..

Kalau kita sendiri ada orang nak minta duit dari kita,kita nak bagi tak kalau orang tu selalu tak tolong  kita bila kita memerlukan??.. mesti kita fikir panjang kan!!

macam tulah..
sekian semoga memberi manfaat kepada kita semua..
Insya Allah kita berubah sama-sama...
Assalamualaikum..

#Prefect Badar SMKANT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...