Sunday, September 14, 2014

Siapa pemimpin?


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada ruangan kali ini kita berkongsi sedikit ilmu semoga mendapat keberkatan-Nya.
siapa pemimpin?soalan ini perlu ditanya kepada semua manusia,bukan kepada seorang pemimpin yang telah dilantik sahaja, tetapi kepada semua umat manusia, tanpa kita sedar kita semua adalah seorang pemimpin, iaitu pemimpin kepada diri kita sendiri.. kita memimpin diri kita untuk kearah yang benar dan diredhai Allah.. Jika kita ingin menegur seseorang untuk melakukan kebaikan kita mesti melakukan perkara kebaikan itu dulu barulah proses dakwah dan teguran yang kita beri itu berkesan.Orang yang melakukan sesuatu perkara yang jahil tanpa ilmu pengetahuan lebih baik daripada orang yang melakukan perkara jahil padahal dia mempunyai ilmu pengetahuan.. 




Kriteria yang perlu ada kepada seorang pemimpin...


ingatlah Rasulullah pernah bersabda"setiap diantara kamu adala pemimpin dan setiap orang akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpin.
Kita menerima sesuatu jawatan bukan untuk dibangga-banggakan,dimegah-megahkan tetapi kita sepatutnya tanya kepada diri kita 'aku mampukah memegang amanah ini sebaik mungkin?'... amanah terlalu berat seseorang yang memegang amanah sebagai seorang pemimpin kakinya seolah-olah sebelah berada di neraka, dan sebelah lagi berada di syurga, Masya Allah ,alangkah baiknya jika kita tergolong untuk memasuki syurga-Nya... dan alangkah malangnya nasib kita jika kita dihumban ke naraka disebabkan kita tidak menjadi pemimpin yang baik,nauzubillahiminzalik~...
Setiap orang perlu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah..Tak perlu tunggu jadi pemimpin baru nak menegur,semua orang ada hak untuk menegur,tetapi untuk sesorang itu berubah biarlah Allah yang menentukannya.


ingatlah walaupun kadangkala kita rasa diri kita tak layak untuk menjadi seorang pemimpin ,kita anggaplah mungkin Allah berikan amanah ini supaya kita lebih dekat dengan Allah,mengadu kepada Allah dan supaya kita dapat sedikit demi sedikit mengubah diri kita untuk menjadi seorang muslim yang soleh suatu hari nanti ..Insya Allah.. ingatlah janji Allah ,  Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuannya.

Wallahu a'lam
~Kepimpinan Al-fateh~




Hari Terbuka Asrama 2014


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekali lagi Smkant berjaya melaksanakan hari terbuka asrama pada bulan jun 2014.
Semua warga smkant sedaya upaya mengerah keringat bagi menjayakan program ini.Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan waris.Pada hari terbuka asrama ini, kedua-dua asrama iaitu aspura dan aspuri dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melawat.Selain itu, terdapat banyak gerai yang disediakan baik dari segi makanan mahupun barangan lain.aktiviti juga telah diadakan kepada semua peringkat antaranya kanak-kanak diadakan pertandingan pakaian beragam,dan pertandingan mewarna manakala peringkat yang lain diadakan pertandingan catur,congkak dan banyak lagi.Sementara itu didewan makan smkant juga diadakan persembahan Qasidah daripada para pelajar.
Program Hari Terbuka Asrama ini berakhir dengan cabutan bertuah.










Semoga Hari Terbuka Asrama kali ini memberi input yang berguna kepada semua pelajar..insya Allah..

Wallahu a'lam

Sambutan Hari Guru 2014


Assalamualaikum w.b.t
setelah selesai kami pulang dari kem kepimpinan kami telah diberi sedikit tugasan untuk menguruskan Hari Guru pada tahun ini.. Pengawas, Badar dan semua pelajar tingkatan 4 bertungkus-lumus menjayakan program ini,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. tema hari guru pada tahun ini "PESAWAT".
Sambutan ini diadakan di DEWAN AL-GHAZALI SMKA NIBONG TEBAL.Dewan telah dihias seperti para pelajar berada didalam pesawat.





















Alhamdulillah semoga Sambutan Hari Guru ini sedikit sebanyak dapat membalas jasa guru yang telah banyak memberi ilmu kepada seluruh pelajar SMKANT,insya Allah, Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha dan pengorbanan cikgu... Amin~"hormatilah guru supaya kamu mendapat keberkatan"

wallahu a'lam

Kem Kepimpinan 2014


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada bulan April 2014 SMKA Nibong Tebal telah membawa sekumpulan kepimpinan tingkatan 4 ke Yan,kedah.,Kami berada disana selama 3 hari 2 malam... banyak yang kami tempuhi dan banyak yang kami pelajari.. antara fesilitator kami Ustaz Saiful Islam, rakan-rakannya banyak memberi info dan pengajaran buat kami.. kepimpinan perlukan mengalaman supaya dapat mematangkan kita untuk menghadapi sesuatu situasi dengan baik..

kami disana bukan sekadar dapat mengasah bakat kepimpinan malah kami dapat belajar cara untuk berkomunikasi dengan berkesan, cara berfikir dengan pantas, bekerjasama menyelesaikan tugas dan yang paling penting kem kepimpinan ini banyak mengajar kami erti KESABARAN ..


































semoga kem ini menjadi suatu usaha dan tawakal kami untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dan bermotivasi tinggi sesuai dengan sabda rasulullah:
"setiap diantara kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpin"

wallahu a'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...